Tech Support
中文 | English
  

Syarikat

Sokongan

Komuniti & Masyarakat

Bilik Akhbar
 
Hubungi Kami | Manufacture |   


Komuniti & Masyarakat
Pemberian kepada Seluruh Dunia
Bantuan Malapetaka
Pelaburan dalam Masyarakat
Kumpulan Penghapusan
Laman Utama > Komuniti & Masyarakat



Pemberian kepada Seluruh Dunia

Ubahlah dunia seorang kanak-kanak hari ini! Satu inisiatif baru oleh Kumpulan iStarUSA akan cuba mempengaruhi hayat seorang kanak-kanak secara langsung dengan memikul keperluan kewangan mereka. Usaha ini adalah komitmen jangka masa panjang yang Kumpulan iStarUSA percaya akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak yang dibantu bertahun-tahun dari sekarang. Kami bersumpah akan berhubung dengan 101 orang kanak-kanak dari seluruh dunia dengan memberikan mereka apa yang tidak boleh dicapai oleh persektaran semula jadi mereka. Sungguhpun kami mungkin tidak dapat bertemu, usaha ini membawa begitu banyak keceriaan kepada syarikat kami kerana usaha kami, walaupun kecil, boleh membawa perubahan yang besar kepada kehidupan mereka.

Bantuan Malapetaka

Sebagai ahli dalam masyarakat global, iStarUSA adalah proaktif dalam usaha bantuan malapetaka. Kerjasama kami dengan agensi-agensi menawarkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang kehilangan rumah akibat bencana Taufan Morakot, dan kami meneruskan usaha kami dalam pembinaan semula apabila bencana yang menjejaskan lebih daripada 850,000 buah keluarga ini telah berlaku. Sebagai warganegara global, iStarUSA berharap agar inisiatif kami untuk menjadi sebahagian daripada usaha bantuan dan pemulihan ini akan terus membantu ramai lagi yang kehilangan orang kesayangan dan rumah mereka akibat bencana alam yang tidak dapat diduga.

Pelaburan dalam Masyarakat

Berjalan kaki sejauh 1 batu ke sekolah di bawah cuaca bersalji telah sampai ke tahap yang baru. Dalam usaha untuk menghadapi masalah kemiskinan, iStarUSA telah menjadi sebahagian daripada penggiatan semula pendidikan di Wilayah Guizhou yang miskin di China. Kebanyakan kanak-kanak di sana membesar di tanah ladang di kawasan pedalaman yang mempunyai jalan-jalan yang berbahaya, hampir tiada komunikasi dengan dunia luar dan mempunyai taraf hidup yang amat rendah. Dengan membuat pelaburan dalam masa depan mereka, iStarUSA berharap agar mereka akan membawa perubahan kepada komuniti dan masyarakat mereka dengan ilmu pengetahuan yang ditimba oleh mereka. Kami juga berharap agar dengan inisiatif kami, lebih banyak organisasi boleh mendapati betapa perlunya untuk menangani masalah kemiskinan dengan cara pendidikan. Sejak tahun 2000, lebih daripada 10 buah sekolah telah didirikan di kawasan pedalaman Guizhou.

Kumpulan Penghapusan

Pemerdagangan manusia merupakan salah satu masalah sosial yang serius di banyak negara luar, dan Kumpulan iStarUSA telah menyertai usaha organisasi-organisasi dunia untuk menghapuskan aktiviti pemerdagangan manusia. Kami berharap agar sokongan kami dapat membantu menbiayai pihak yang bertungkus lumus meningkatkan kesedaran dunia terhadap masalah ini, dan juga pihak yang bersedia membawa perubahan. Usaha kami juga dilanjutkan kepada mangsa-mangsa yang sedang sembuh, dan juga merangkumi kerjasama denga lebih banyak organisasi bukan untung untuk berkongsi visi masa depan yang tiada aktiviti pemerdagangan manusia. "Jangan ragui bahawa sekumpulan kecil orang yang bertimbang rasa dan komited boleh mengubah dunia ini. Inilah satu-satunya yang pernah berbuat demikian." - Margaret Mead

Kajian

iStarUSA mengambil serius kesan-kesan barah buah dada yang menjejaskan kehidupan ribuan wanita di seluruh dunia. Kami komited untuk mengharungi perjalanan ini dengan sesiapa yang terjejas kerana barah buah dada merupakan penyakit barah yang paling biasa di kalangan golongan wanita dan merupakan penyakit kedua utama yang membawa maut kepada golongan wanita. Kami memberi sokongan kepada kajian penyakit barah yang membolehkan golongan wanita mengetahui maklumat perubatan kompleks dan maklumat peribadi mengenai penyakit barah buah dada dan mendidik mereka untuk membuat keputusan yang terbaik demi kehidupan mereka.



Mengenai iStarUSA Bilik Akhbar Perkhidmatan iStarUSAcare Pembina Produk Perniagaan

Maklumat Syarikat Siaran Akhbar Pembaikan dan Permintaan Pemulangan Tempat Membeli
Peristiwa Penting Surat Berita Periksa Status RMA Jadi Penjual
Rakan Kongsi Teknologi Ulasan & Artikel Permintaan Sokongan Teknikal Mulakan Projek Anda Hari Ini
Peluang Pekerjaan Risalah Produk
Media Pameran Dagangan
Media Video
Langganan Surat Berita
 



iStarUSA Group, 3500 E. Francis St. Ontario, CA 91761, USA. Telephone: 1-888-989-1189 (Toll-free); FAX 1-626-301-0588.
© 2010-2024 iStarUSA Inc., All Rights Reserved.     Customer Satisfaction Survey | Privacy Statement | Feedback
Product specifications subject to change without notice. Pictures and drawings may include optional components.